Entry: Jauh Di Sudut Hati… Saturday, August 23, 2008
Sinopsis di belakang buku; Cinta Najiha dan Farhan mekar tersendiri di dalam hati ketika di alam persekolahan, namun kejadian diari yang hilang mengakibatkan perasaan yang meranum itu padam tiba-tiba. Pertemuan dengan Ahmad Najib membuka lembaran baru dalam hidupnya. Mengenali Ahmad Najib seperti melalui hari yang sangat bermakna kepada Najiha. Jejaka itu tulus menghulur salam dan tanpa disedari, ada perasaan halus menyelinap dalam diri Najiha. Hari-hari mendatang bagaikan pelangi pagiyang menerbitkan warna ceria namun kemunculan Syed Rahizam seperti petaka yang membunuh segalanya. Najiha tersepit dengan keikhlasan Ahmad Najib dan kerakusan Syed Rahizam yang sudah hilang kewarasan. Antara dua jejaka, Najiha menyambut salam George yang sentiasa menaruh harapan walaupun mengetahui gadis itu tidak akan semudah angin lalu datang dan bertakhta di persada perasaannya. Tiga lelaki yang mencetus pelbagai warna kehidupan menjadikan Najiha matang menilai kemanusiaan dalam meniti arus kehidu pan. Najiha membawa lara hati bersama lelaki yang paling tulus. Siapakah dia di hati Najiha?
Buat yang ternanti-nanti kisah Ajib dan Najie dibukukan… tibalah masanya kini untuk mendapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran. Ada cacat dan celanya, Riana dahului dengan ribuan kemaafan. Kalau ada yang nak komen, Riana tadahkan dengan hati yang terbuka. Selamat membaca! =)
P/s: Untuk komen, boleh masukkan komen disini, di shout box atau di email Ryana; hazryana[at]gmail[dot]com