
BAB 5
Buai laju-laju... ~Arsyad Zikri
Kesian pada Tuan aku tu… Dia tak tau yang dia dah kena pinang dengan orang… iskh…iskh… kena kahwin paksa! ~ Jojo (Kucing Wafiy bertompok hitam dan putih)
Hem…bodoh betul si Arsyad ni sebab terlalu percayakan Rasya. Hey, lelaki… kau ingat Rasya tu betul-betul sayangkan kau ke? Hai… kena tipu hidup-hidupllah kau! ~ Wafiy
Wafiy, tolonglah beritahu! Fiy macam simpan rahsia besar tentang Rasya. Dan juga dendam yg berada di antara Fiy dan Rasya, membuntukan fikiranku! Darah daging sendiri, mengapa harus ada benci? ~ Arsyad.

BAB 4
Sejarah mungkin berulang...
" "Oklah, handsome! Jumpa lagi lain kali. Nampaknya sepupu I tak senang lihat I di sini. Ini nombor telefon I. Telefon I kalau you free." Sepupu Rasya itu ada aura seorang penggoda. Nakal! Entah mengapa hatiku tercuit dgn tingkahnya ~ Arsyad. Rasya, akan aku lancarkan perang sabil dengan kau. Aku tak akan biarkan abang aku senasib dengan Hisyam yang pernah engkau tinggalkan dulu~ Wafiy

BAB 3
Wajahmu di mana-mana sering kutemui...
Wafiy akan menjadi menantu dalam rumah ini. Itu hasrat hati sejak dulu… ~ Puan Yasmin
Mencintai Arsyad setulus hati. Dialah lelaki yang berjaya menawan hatiku, dialah segalanya. Namun ikatanku bersama Amer bagaimana kesudahannya? ~ Rasya.
Rasya umpama matahari yang menyinari alam kasih. Mengembirakan. Namun setelah bertembung tanpa sengaja dengan sepupunya, Rasya bagai menyembunyikan sesuatu yang besar dariku… Namun aku tidak mahu prasangka itu memakan rasa bahagia yang berada di jiwaku tika ini. Rasyalah segalanya bagiku. Akan kusunting dirinya menjadi permaisuri hidupku~ Arsyad.
Huh, berani betul ya Rasya menduakan kasih Amer? Di mulut mengaku sayang, di hati… orang lain yg bertakhta. Hipokrit! Kasih telah kau beri pada lelaki dihadapanku ini, lantas… apa yg tinggal buat abangku, Rasya? ~ Wafiy
[Lokasi pengambaran: Di rumah keluarga Arsyad, Pusat membeli-belah Sunway Pyramid ]

BAB 2
Dendam yang kembali menghiris...
Aku tahu Wafiy sering rasa terpinggir bila berada di dalam keluarga. Tapi apa yang dapat aku lakukan bila mana aku tersepit di antara ibu dan adik… ~Amer Munawer
Wafiy terlalu degil… Tak pernah mendengar kata. Tak seperti Rasya. Rasya anak yang pandai mengambil hati, malah amat menyenangkan. Apa salah aku agaknya mengandungkan Wafiy dulu? ~ Syarifah Mazidah.
Mama, saat kepulangan Rasya yang disambut dengan begitu riang ini, membuatkan hati Fiy kembali terluka. Mama menyayangi Rasya bagaikan Rasya itu anak kandung mama. Kalau Fiy tahu begini keadaan Fiy… baik Fiy tinggal saja bersama Opah, Mak Ngah dan Mak Ucu di kampung. ~Wafiy

BAB 1
Pagi nan indah... seharum aroma bunga.
~Aku dewasa dalam waktu! Namun keluargaku sendiri seakan menyisihkan aku. Aku tahu, aku tak pernah menyenangkan mereka sebagai anak. Aku bodoh! Kepala batu! Bukan seperti anak emas mereka yang sering jadi pujian… ~Wafiy
~Merangkap sepupu yang paling rapat, Wafiy sudah kuanggap seperti adik dan juga sahabat yang paling best dalam dunia! Dia amat memahami, malah sering ada bila dirinya diperlukan! Dialah lawan tenisku yang paling cantik! Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah aku takkan melupakan satu nama itu iaitu 'Wafiy'~ Syed Azhar (Ad)

Prolog
Suatu waktu dulu… hidupku, perasaanku telah dilukai… Walau mereka itu keluarga kandungku… Namun aku tetap merasa pelik dan janggal berada di dalam lingkungan mereka… Aku ini anak kandung mereka, namun aku tidak merasakan begitu… ~Wafiy
Preview
~Kau Tercipta Untukku~

Kusangkakan... cinta yang sengaja ku hulur itu hanya sekadar mainan...
Tidakku sangka, cinta yang ku anggap mainan itu... bisa membuat hatiku jadi keruan tak menentu.
Jadi, haruskah ku turut dendam di hati, atau pun membiarkan rasa cinta itu larut di dalam hati?
~Wafiy Munirah~

Cinta itu penawar kepada dendam dan benci.
Buka pintu hatimu... dan berjalan terus ke arahku. Aku menunggu mu di situ.
Tetap menunggu kerana ku tahu...Kau Tercipta Untukku.
~Arsyad Zikri~
Ryana: Lama tak menulis... rasa tangan ni dah kaku. Bahasa pun dah turut rasa kaku semacam jer ni. ;) Nantikan entry seterusnya ya!
Salamzz...
Mesti semua tertanya2 kenapa agaknya Ryana ltk skin baru utk blog ni. Hmm... ryana ingat nak letak e-novel baru dalam blog ni. Insya Allah, nanti ryana letak previewnya... Tentang untold story ' Tautan Kasih @ DHCB' buat masa ni ryana hold dulu sebab kekurangan masa. Belum sempat lagi ryana nak belek keseluruhan cerita dalam Tautan Kasih dan cari apa yg tertinggal.
Nantikan kehadiran e-novel ryana yg terbaru... Judulnya 'Kau Tercipta Untukku'
Adios...

Tautan Kasih
|
NOVEL TERBARU 'TAUTAN KASIH' |
|
ALAF 21 kini mempersembahkan novel terbaru bertajuk 'Tautan Kasih' daripada juga novelis terbaru, Ryana Adrina yang boleh didapati di kedai-kedai buku. Hasilan nukilan Ryana ini pasti mencuit pintu hati anda dengan jalan ceritanya tersendiri. Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta. Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan. Ryana dah baca sikit2 buku yg ditulis sendiri ni. hmm.. ada teman-teman cadangkan supaya buat untold story utk citer Tautan Kasih @ DHCB ni. Ryana rasa ok jgk! Nanti ryana cuba buatkan ek...
|
Tautan Kasih a.k.a Dihatimu Cinta Bermula (versi e-novel)
Ryana baru jer balik dari Customer Service Training di MPH Mid Valley. Tak check pula telefon sepanjang perjalanan dari Mid Valley ke rumah. Di rumah, nasib baik terasa nak check sms di telefon. Terkejut ryana bila ada sms dan missed call dari kak nOOr dan Kak Ija. Dan paling terkejut bila kak nOOr beritahu yg buku tautan kasih dah berada di pasaran.
Tuan badannya pun tak tahu ni. Thanks buat Kak ija, iejay, kak nOOr dan semua teman2 yg lain. Buku ni khas utk semua setelah sekian lama menunggu. Kat sini Ryana letakkan covernya. Boleh tgk sinopsisnya lebih lanjut di alaf21.com.my. Mengapa guna nama Ryana Adrina dan tukar judulnya? Jawapannya ryana hanya memenuhi kehendak penerbit. Hari Sabtu nanti ryana akan buat reviewnya ya!
